Pengenalan
Tanda-Tanda Skim Emas Scam
1. Harga Terlalu Murah
Jika harga emas jauh lebih murah daripada harga pasaran, itu adalah tanda bahaya. Emas ada harga pasaran yang hampir sama di semua tempat. Harga yang terlalu murah biasanya tidak masuk akal.
Cara semak harga pasaran:
Layari sifugold.com, klik menu kanan atas, pilih Harga Emas Terkini dan rujuk harga emas 24K.
2. Janji Cepat Kaya
Jika ada yang janji “labur RM1,000 dapat RM2,000 dalam sebulan”, itu hampir pasti scam. Emas bukan skim cepat kaya. Emas adalah simpanan jangka panjang untuk lindungi nilai duit.
3. Penjual Tidak Dipercayai
Elakkan beli emas daripada individu atau syarikat yang tidak jelas latar belakangnya. Pastikan harga telus, ada resit, dan emas diiktiraf.
4. Tiada Bukti Ketulenan
Emas yang selamat mestilah ada cap ketulenan, sijil, atau boleh diuji di kedai emas dan ar-rahnu. Jika penjual tidak benarkan pemeriksaan, itu satu lagi tanda bahaya.
Kisah Pengajaran
Saya pernah jumpa seorang pakcik yang beli emas murah dari iklan online. Luar nampak emas, tapi rupa-rupanya tembaga bersalut emas. Bila diuji dengan magnet, terus kantoi. Rugi ribuan ringgit.
Kesimpulan
Simpan emas perlu ilmu dan kesabaran. Jangan terpedaya dengan harga murah atau janji palsu. Beli daripada dealer atau syarikat yang sah, insyaAllah simpanan anda selamat.
Dalam topik seterusnya, kita akan bongkar satu soalan menarik:
Kenapa orang kaya suka simpan emas?
